Modul SMK, Akuntansi, Keislaman, Tarbiyah, Motivasi dan Inspirasi

Mengapa sekolah/institusi pendidikan berubah perlahan?

Sekolah dan institusi pendidikan dikatakan sukar untuk mengalami sesuatu perubahan. Sistem pendidikan dikatakan lebih resisten terhadap sebarang perubahan dan inovasi berbanding dengan institusi perindustrian dan bidang pertanian, guru-guru dan para pendidik lebih sukar menerima sesuatu inovasi dan perubahan berbanding petani atau doktor (Huberman, 1979). Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi fenomena di atas (Havelock, 1971).

1. Faktor input

* halangan untuk berubah dari persekitaran

* ketidak trampilan agen luar
* inovasi yang terlalu berpusat
* sensitiviti dan defensiveness guru-guru/pendidik
* ketiadaan linking-pin agen perubahan
* putus hubungan antara teori dan amalan
* inovasi yang mempunyai kurang asas saintifik - kurang membuat kajian
* guru/pendidik bersifat konservatif
* kesamaran profesionalisme

2. Faktor output

* matlamat sesuatu inovasi tidak jelas
* tiada ganjaran untuk inovasi
* pendekatan terlalu uniform
* sekolah sebagai institusi yang monopoli
* komponen pengetahuan yang rendah - kurang pelaburan dalam R&D
* kesukaran mendiagnos kelemahan
* masalah mengukur hasil akhir (product)
* pelaburan yang rendah dalam bidang teknologi dan kewangan
* fokus kepada komitmen masa kini - akauntabiliti
* pelaburan yang rendah terhadap perkembangan staf
* kekurangan model entrepreneur
* passivity

3. Faktor throughput

* pemisahan antara ahli-ahli dan unit-unit dalam sistem pendidikan
* perbezaan status dan hirarki
* kekurangan prosedur dan latihan untuk perubahan

No comments for "Mengapa sekolah/institusi pendidikan berubah perlahan?"!

Artikel Populer

Akuntansi, Pajak, Accurate, Tarbiyah dan Dakwah

FB _Q

Diberdayakan oleh Blogger.

Arsip Blog